Isnin, 29 November 2010

Modul 5 ' table service'

FRENCH SERVICE


French service merupakan servis yang berasal dari negara Eropah. Ia merupakan satu kaedah penyajian yang dapat dinikmati oleh golongan bangsawan satu ketika dahulu. Tetapi kini golongan mewah sahaja yang mampu untuk menikmati hidangan atau layanan yang memerlukan kemahiran dan peralatan yang mahal. Kaedah ini memerlukan pelanggan yang sanggup berbelanja tinggi dan meluangkan masa menikmati servis ini.


Makanan separuh masak dibawa masuk ke dalam dewan makan dan kemudian disusun di atas gueridon trolley. Berdasarkan kepada pesanan yang diminta oleh pelanggan. Chef de Rang akan melakukan penyudahan penyediaan hidangan samada perlu melakukan flambé, boning, slicing mixing dan tossing serta mempamerkan kemahiran penyediaan hidangan dihadapan pelanggan.

Setiap hidangan akan diperkenalkan kepada pelanggan dan seterusnya disediakan dengan menarik, berkemahiran dan menyelerakan. Kemudian Commis de Rang akan menyajikan hidangan kepada pelanggan. Setiap hidangan perlu disajikan kepada pelanggan oleh Commis de Rang.


Di dalam penyajian ini terdapat dua orang staf bertanggungjawab untuk memberi layanan kepada pelanggan iaitu iaitu Chef de Rang dan Commis de Rang. Mereka akan bekerja sebagai satu kumpulan dan masing-masing mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan dan perlu saling bantu-membantu.

Semasa makan malam berlansung coffee dan tea tidak perlu dhidangkan. Kecuali atas permintaan pelanggan, kopi akan dihidangkan selepas hidangan dessert dan diletakkan di sebelah kanan tetamu. Semua makanan akan dihidang dan diangkat dari arah kanan kecuali hidangan bread and butter yang perlu dihidangkan dari sebelah kiri tetamu.

Semangkuk air suam bersama kelopak bunga mawar ataupun hirisan lemon akan diberi kepada tetamu jika makanan utama yang perlu menggunakan jari seperti hidangan ayam dan loabster ( Finger Bowl ). Gunakan cereal bowl dan letakkan di atas doily paper di atas pinggan kecil seperti dessert plate. Ia diberi kepada tetamu diakahir sesi makan.

Tiada ulasan: